بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين.
Ibadah puasa adalah suatu amalan mulia yang amat digalakkan olehIslam. Selain puasa fardhu Ramadhan, umat Islam juga boleh melakukanibadat puasa sunat di luar bulan Ramadhan. Ada puasa sunat yangbersifat mingguan (seperti berpuasa pada hari isnin dan khamis), puasabulanan (tiga hari dalam sebulan) dan puasa tahunan (hari Arafah,‘Asyura’ dan enam hari dalam bulan Syawal).
Puasa adalah satu ibadah yang besar keutamaannya. Abu Hurairahradhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullahsallallahu’alaihiwasallam bersabda, Allah subhanahu wata’aalaberfirman (dalam hadis Qudsi):
(( كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلا الصِّيَامَ؛ فَإِنَّهُ لِيوَأَنَا أَجْزِي بِهِ… وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُفَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ رِيحِالْمِسْكِ )) رواه مسلم.
Maksudnya: “Setiap amal manusia adalah untuk dirinya kecuali puasa, iaadalah untuk-Ku dan Aku memberi ganjaran dengan (amalan puasa itu).”(Rasulullah menjelaskan): “Demi Allah yang jiwa Muhammad berada ditangan-Nya, nafas orang yang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allahberbanding wangian kasturi.” [Sahih Muslim no: 1151] Selain hadis diatas, terdapat banyak hadis lain yang menerangkan keutamaan puasasunat.
Abu Said Al-Khudri ra berkata: Rasulullah saw bersabda:
(( مَنْ صَامَ يَوْمًا فِي سَبِيلِ اللهِ بَعَّدَ اللهُ وَجْهَهُ عَنْالنَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا )) رواه البخاري.
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescayaAllah swt menjauhkan mukanya dari api neraka selama 70 tahun”. [SahihAl-Bukhari no: 2840]
Di antara puasa sunat ialah puasa enam hari pada bulan Syawal.Bersempena dengan bulan Syawal ini, artikel ini akan membincangkantentang puasa sunat ini.
Dalil Puasa Sunat Enam Syawal.
Abu Ayyub Al-Ansari ra berkata: Rasulullah saw bersabda:
(( مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَكَصِيَامِ الدَّهْرِ)) رواه مسلم.
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinyadengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjangtahun.” [Sahih Muslim hadis no: 1164].
Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hariselepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasaselama setahun.
Para ulama’ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut denganmendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akandiganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari di bulan Ramadhandiganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari di bulan Syawalpula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari,ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari.Sesungguhnya Allah swt maha berkuasa untuk memberikan ganjaransebanyak mana yang dikehendaki-Nya.
Hikmah Puasa Sunat Enam Syawal.
Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentudari sudut kesihatan manusia itu sendiri. Puasa selama sebulan penuhdi bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem percernaan di dalambadan berehat seketika di waktu siang selama sebulan. Kedatangan bulanSyawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengandiberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hariselepasnya. Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruangkembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugassecara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.
Selain dari itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah swt,alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kitadi bulan Ramadhan ini kita teruskan juga di bulan Syawal walaupunsekadar enam hari. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidakmelakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipantetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benarbersunguh-sungguh untuk taqarrub kepada tuhannya. Kerana itulah kataulama’: “Betapa malangnya orang yang hanya mengenal Allah pada bulanRamadhan, sedangakan pada bulan lain Allah swt dilupai”.
Hukum Puasa Sunat Enam Syawal.
Hukumnya adalah sunat. Berkata Imam An-Nawawi rh: “Hadis ini jelasmenjadi dalil bagi mazhab Imam al-Syafi’e, Imam Ahmad, Daud dan ulama’yang sependapat dengan mereka bahawa disunatkan berpuasa enam hari(pada bulan Syawal).
Imam Malik dan Imam Abu Hanifah pula menganggap hukumnya makruh.Sebabnya kerana bimbang orang ramai akan menyangka ia adalahsebahagian dari puasa Ramadhan (yang wajib hukumnya) padahal iabukanlah dari puasa Ramadhan.” [Syarah Sahih Muslim 8/56]
Bilakah Dimulakan Puasa Sunat Enam Syawal?
Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal. Inikerana tarikh 1 Syawal adalah hari Eidil Fitri dan kita dilarang dariberpuasa pada hari tersebut. Abu Hurairah ra berkata:
( أَنَّ رَسُولَ اللهِ r نَهَى عَنْ صِيَامِ يَوْمَيْنِ: يَوْمِالأَضْحَى، وَيَوْمِ الْفِطْرِ ) رواه مسلم.
Maksudnya: “Nabi saw melarang puasa pada hari (Eidil) Fitri dan(Eidil) Adha.” [Sahih Al-Bukhari no: 1991].
Bagaimana Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal?
Syarat dan adab bagi puasa sunat enam Syawal adalah sama seperti puasawajib pada bulan Ramadhan.
Persoalan yang menjadi perbincangan di kalangan para ulama’ ialah:
1- Adakah ia dilaksanakan secara berturut-turut selama enam hari atausecara terputus?
Pandangan yang lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara terputus(tidak berturut-turut) asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelumberakhirnya bulan Syawal. Ini kerana apabila Rasulullah sawmenganjurkan puasa sunat enam hari ini, baginda menyebut bulan Syawalsecara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya. Maka puasa enamtersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawalasalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah berakhir bulan Syawal.
Namun adalah lebih afdhal disegerakan pelaksanaan puasa enam Syawalberdasarkan umum firman Allah swt:
] وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَاالسَّمَوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ [ [آل عمران: 133]
Maksudnya: “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yangbaik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arahmendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yangdisediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” [Surah Aali Imran:133]
2- Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal Sebelum Mengqadha Puasa Ramadhan.
Wujud perbincangan di kalangan para ulama’, apakah dibolehkan berpuasasunat enam Syawal jika seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhanyang belum diqadhanya? Ada dua pendapat ulama’ dalam masalah ini.
Pendapat Pertama: Boleh melakukannya, berdasarkan dalil bahawa Aisyahradhiallahu ‘anha pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadhan yang perludiqadhanya hingga ke bulan Sya’ban yang akan datang. Aisyah raberkata:
( كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ، فَمَا أَسْتَطِيعُأَنْ أَقْضِيَ إِلا فِي شَعْبَانَ. قَالَ يَحْيَى: الشُّغْلُ مِنْالنَّبِيِّ أَوْ بِالنَّبِيِّ r) رواه البخاري
Maksudnya: “Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadhan. Aku tidak mampumengqadhanya kecuali pada bulan Sya’ban.” Kerana sibuk (melayani)Rasulullah saw. [Sahih Muslim no: 1146. Sahih al-Bukhari, hadis no:1950, penjelasan "kerana sibuk melayani Rasulullah saw" ialahpenjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Sa‘id.]
Para ulama’ yang mengemukakan pendapat pertama berhujah, sudah tentutidak mungkin isteri Rasulullah saw, yakni Aisyah ra, tidakmelaksanakan puasa sunat enam Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dantindakan beliau yang mengqadha puasa Ramadhan pada bulan Sya’banmenunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekali pun seseorangitu memiliki hutang puasa Ramadhan.
Pendapat Kedua: Tidak boleh melakukannya, berdasarkan hadis yangmenganjurkan puasa sunat enam Syawal itu sendiri yang telahdikemukakan di awal risalah ini. Hadis tersebut berbunyi: “Sesiapayang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam haridari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.”
Rasulullah saw mensyaratkan “berpuasa Ramadhan” terlebih dahulu,kemudian barulah “mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal”.Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudahseseorang itu menggenapkan puasa Ramadhannya. Jika ada puasa Ramadhanditinggalkan, ia perlu diqadha terlebih dahulu. Kemudian barulahdiiringi dengan puasa sunat enam Syawal.
Kalau diperhatikan secara teliti, pendapat yang kedua lebih rajih(kuat); Kerana ianya lebih menepati dalil puasa sunat enam Syawal itusendiri. Selain dari itu, membayar hutang yang wajib hendaklahdidahulukan dari memberi sedekah yang sunat. Ini disokong dengan ayat133 surah Aali Imran yang dikemukakan sebelum ini, yang menganjurkankita untuk menyegerakan amal kebajikan. Sudah tentu amal yang wajiblebih perlu disegerakan daripada amal yang sunat.
Namun, sekiranya seorang itu tidak berkesempatan (disebabkan keuzuran)untuk melakukan qadha kemudian berpuasa enam dan dia berkeyakinan akansempat mengqadhakannya sebelum Ramadhan tahun berikutnya, makapendapat yang pertama boleh diterima, berdasarkan apa yang dilakukanoleh Aisyah ra.
Menurut Imam An-Nawawi rh, Mazhab Malik, Abu Hanifah, Asy-Syafie,Ahmad dan jumhur salaf dan khalaf mengatakan: “Qadha puasa Ramadhanbagi mereka yang berbuka kerana uzur seperti kedatangan haid danmusafir, maka kewajipan mengqadhanya adalah secara bertangguh (‘alaat-tarakhi), tidak disyaratkan qadha terus apabila bolehmelakukannya”. [Syarah Sahih Muslim 8/22].
قال النووي في شرح مسلم: “وَمَذْهَب مَالِك وَأَبِي حَنِيفَةوَالشَّافِعِيّ وَأَحْمَد وَجَمَاهِير السَّلَف وَالْخَلَف: أَنَّ قَضَاءرَمَضَان فِي حَقّ مَنْ أَفْطَرَ بِعُذْرٍ كَحَيْضٍ وَسَفَرٍ يَجِب عَلَىالتَّرَاخِي، وَلا يُشْتَرَط الْمُبَادَرَةُ بِهِ فِي أَوَّلالإِمْكَان.”
Menurut Al-Khatib Asy-Syarbini: “Sesiapa yang tertinggal puasaRamadhan, sunat dia mengqadhakannya secara berturut-turut dan makruhbagi orang yang ada qadha Ramadhan melakukan puasa sunat”. [MughniAl-Muhtaj 2/181 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut].
3- Menggabungkan puasa qadha dan puasa enam.
Di antara persoalan yang sering timbul sekitar puasa enam ialah adakahharus menggabungkan di antara dua puasa iaitu puasa qadha dan puasaenam hari di bulan Syawal. Adakah diganjari dengan kedua-dua pahalatersebut dengan puasa yang satu?
Persoalan ini berlaku khilaf di kalangan ulama’, sebahagiannya yangberpendapat tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasafardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain, sekiranyadilakukan maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardhu dantidak bagi yang sunat.
Ada dikalangan ulama’ Syafi’iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasaenam tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipunia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yangdiperolehi kurang daripada seorang yang berpuasa kedua-duanya secaraberasingan. [Lihat: Hasyiah Asy-Syarqawi ‘Ala Tuhfah At-Tullab 1/428,cet, Darul Ma'rifah, Fatawa Al-Azhar 9/261 Al-Maktabah Asy-Syamilah]
Al-Khatib Asy-Syarbini berkata: “Jika seseorang berpuasa qadha ataupuasa nazar atau puasa sunat yang lain di bulan Syawal, adakah diamendapat pahala sunat (Syawal) atau tidak? Saya tidak mendapatipendapat ulama’ yang menyebut tentangnya, dan yang zahirnya adalahdapat pahala tersebut (pahala puasa yang diniatinya). Namun, dia tidakmendapat pahala sebagaimana yang disebut oleh hadis yang menerangkantentang kelebihan puasa enam tadi, khasnya mereka yang tertinggalpuasa Ramadhan kemudian berpuasa pada bulan Syawal. Ini kerana merekatidak memenuhi maksud hadis tersebut (menyempurnakan puasa Ramadahankemudian diikuti dengan puasa enam)”. [Mughni Al-Muhtaj 2/184 cet,Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut]
Setelah dikaji, pandangan ulama’ yang membolehkan puasa dua dalam satuini, tidak bersandarkan mana-mana dalil al-Qur’an dan al-Sunnah.Mereka juga mengatakan amalan ini hanya mendapat pahala keranakebetulan berpuasa qadha dalam bulan Syawal, sama seperti pahala sunattahiyyatul masjid dengan solat fardhu (orang yang terus melakukansolat fardhu apabila masuk ke dalam masjid akan mendapat juga pahalasunat tahiyyatul masjid). Wallahu a’lam.
Oleh itu, lakukanlah dua ibadat puasa ini (fardhu dan sunat) secaraberasingan, kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah SWT,memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yangmenjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan (sunat) tentulah lebihmenunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba yang mencarikeredhaan Tuhannya. Ini juga lebih berhati-hati (ahwat) dalam ibadat,serta melakukan ibadat dengan yakin adalah lebih utama (aula), keranaada pendapat ulama’ mengatakan tidak boleh mencampurkan niat puasasunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain.
Sebagai kesimpulan, puasa sunat semata-mata kerana Allah (bukan keranasakit atau ingin berdiet) mempunyai kelebihan yang besar di sisi Allahswt dan sangat digalakkan oleh Rasulullah saw.
Sebagaimana yang diketahui semua amalan sunat adalah sebagai penampalkepada mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu. Puasa enam hari padabulan Syawal ini pula thabit dari sunnah Rasulullah saw. Sepatutnyalahkita mengambil peluang ini untuk berpuasa enam hari pada bulan Syawal.
Sempurnakan dahulu qadha beberapa hari yang tertinggal, kerana kitatidak tahu apakah hayat dan kesihatan yang ada akan berterusansehingga kita dapat menunaikannya di masa hadapan.
Bagi orang yang tidak sempat melakukan puasa sunat kerana sibuk denganpuasa wajib diharapkan Allah swt akan memberi ganjaran berdasarkanniat dan azamnya. Sebagaimana sabda Nabi saw:
(( إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ مَا كَانَيَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا )) رواه البخاري.
Maksudnya: “Apabila seorang hamba Allah sakit atau musafir (beliautidak dapat melakukan amalan yang biasa dilakukannya) maka dituliskanbaginya pahala seperti amalan yang biasa dilakukannya sewaktu tidakbermusafir dan sewaktu sihat” [Sahih Al-Bukhari no. 2834]
Semoga kita semua diberi taufiq dan hidayah oleh Allah swt ke jalanyang di redhai-Nya serta dapat melaksanakan ibadah puasa enam hari dibulan Syawal ini dengan sempurna. Seterusnya kita dimasukkan ke dalamgolongan orang yang mendapat kejayaan dunia dan akhirat. Aamin.
وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما إلى يوم الدين.
Abu Anas Madani, Pondok Sungai Durian.
Monday, September 28, 2009
Tuesday, September 8, 2009
bunga cantik tapi tak wangi...
Salam Ramadhan Al Mubarak
Anda pernah melihat bunga? Tentu sekali pernah. Orang kata bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi. Itulah ibarat kepada seseorang yang cantik tetapi tidak berakhlak dan berbudi.
Seseorang gadis dipuji dengan kata-kata seperti "Awak cantiklah" , maka akan menguntumlah senyuman di bibir dan berbungalah hatinya . Tersipu-sipulah ia .Ahh! Siapa yang tak seronok apabila dipuji dan dikatakan cantik dan lawa? Itulah resam manusia , seronok bila dipuji dan kecewa bila dikeji. Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang sentiasa merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa diri kerdil apabila berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia.
Wanita cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana menyangka dirinya punya kelebihan . Kata orang juga, wanita cantik banyak yang dimahunya . Apabila diri merasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya . Kalau dia seorang gadis, dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi 'andartu'. Hidup liar bagai merpati, senang didekati tetapi ditangkap lari (tolong baca sampai habis artikel ini). Jika dia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikannya maka suami yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan kerenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka dan menjadi hamba kepada kecantikan isterinya . Menyayangi isteri hanya atas dasar kecantikan maka jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayuskan suami. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuanya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau lebih teruk dengan meminta dicerai. Alangkah indahnya jika si isteri menggunakan kecantikannya untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin.
Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada agama dan akhlaknya. Kalau dia seorang isteri, kecantikannya hanya untuk suaminya dan ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah.
Wanita yang cantik tetapi tidak punya pekerti tinggi, tidak berakhlak adalah ibarat seperti bunga raya. Cantik warnanya tapi keharumannya tiada. Sebaliknya wanita yang tidak terlalu cantik tapi berakhlak mulia, taat pada Allah dan suami adalah ibarat bunga cempaka. Kecantikannya tidak seberapa tetapi keharumannya memikat jiwa. Antara bunga cempaka dan bunga raya, sudah pasti bunga cempaka diminati dan dipilih orang. Kasihan pada bunga raya kerana tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Kononnya nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar bahawa diri hanya jadi bahan mainan.
Wanita yang tidak cantik malah tidak berakhlak pula hanya akan menyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula berbau harum dan wangi. Maka tiada apa-apa tarikan dan keindahan padanya. Jadi usah dibangga dengan kecantikan dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia tetapi marilah berlumba-lumba utk menjadi hamba Allah yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya lebih bernilai dan disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya.
Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurnian Allah itu dari dirinya. Bukan jua kerana iri hati dan tidak mahu ada yang menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitung timbunan dosa akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka kerana sifat mazmumah sudah membelenggu jiwa akibat daripada kecantikan diri yang dijulang bagai mahkota.
Bersyukurlah dengan segala nikmat kurniaan Allah. Baik dan buruk, cantik atau hodoh itu semua adalah pemberianNya. Yang berwajah cantik atau hodoh(maknanya kurang cantik) sama-sama perlukan persediaan kerana pasti akan tiba suatu masa di mana yang berwajah cantik atau hodoh dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi. Adakah pada saat itu masih berguna kecantikan yang ada? Kita semua tahu jawapannya.
Maksud sabda Rasulullah s.a.w: "sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa paras, tidak melihat pada keturunan, tidak melihat pada harta tetapi Allah melihat pada hati-hati kamu dan amalan kamu"
"Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allah datangnya, dan bila kamu di timpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan." An-Nahl ayat 53
"Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih bertaqwa diantara kamu(bukan yang lebih keturunan atau bangsanya)..." Al Hujurat ayat 14
Wallahu a’lam. Semoga kita sentiasa dibimbingNya dalam bermujahadah menjadi orang yang terbaik

Seketul Keju dan Sehelai Tuala Kecil...
the story begin like this...
Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.
"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"
Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.
"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."
Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka.
Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.
"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegiturupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?
Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.
Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.
Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.
Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.
Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.
Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.
Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam.
Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah- mudahan segala dosanya terampun.
INSYALLAH"

ismi??
Assalamua'alaikumwarahmatullahiwabarakatuh...
i'm the new blogger,just want to introduce a little bit about myself,
hope that we all(blogger) can have relationship that base on "ukhuwah islamiah",
hope all of you guys help me as i'm still not expert with this kind of technology.
my name is mohd khairul akmal bin radin ismail,i'm 20 years old,my origin is from tumpat,kelantan.specifically i'm the villagers of kampung geting.
i got my early education at Pasti nearby my home,then go the primary school,sek keb geting (2).after finished up untill grade6 i continue my study to secondary school, sek men keb agama falahiah.then i have a chance to go the next level(higher education) to continue at international islamic university malaysia(iium).now i'm doing my bachelor in mathematical science(BMathSc),i still have four years to finish-up my study course,soo long to me...
then,let's share our knowledge about something that's interesting including experience,political-issues,environment,global world,etc...
Subscribe to:
Posts (Atom)