Saturday, January 22, 2011

lelaki baik...

salam...sedikit prkongsian

ditujukan khas kpd semua yang berjantina lelaki,
tak lupa juga kepada perempuan yg sdg mncri 'lelaki' untuk teman hidup mereka.

renungkan...

Kadang-kadang kita tersilap. Kita menilai seorang lelaki yang baik
berdasarkan kerjayanya. Hakikatnya lelaki yang baik itu sebenarnya
terletak pada agamanya. Ramai yang mengetahui perkara ini tetapi
beranggapan lelaki beragama itu mestilah seorang ustaz, imam masjid,
pelajar agama dan seumpamanya. Sebenarnya perkara ini juga tidak
benar. Ramai dikalangan ahli agama yang sering memukul isteri,
bersifat kasar, tidak pandai melayan isteri dan sebagainya. Jadi ini
juga bukanlah ciri-ciri seorang lelaki yang baik sebagaimana yang
digambarkan oleh Rasulullah. Lelaki yang baik dan beragama itu
mempunyai sifatnya yang tersendiri. Di bawah disenaraikan 10 sikap
lelaki yang baik.
Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat
ini. Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai
sifat-sifat ini.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan
solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai
pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya
seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti
sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat
yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak
menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang
ketika sedang bercakap-cakap.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas
walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu
biasanya sama.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja
atau masa kecemasan.

Semoga 10 sikap ini dapat diamalkan oleh kita semua wahai lelaki yang
mencari redha Allah. Buat wanita solehah yang mencari pasangan yang
soleh, cubalah anda perhatikan 10 sifat yang dinyatakan di atas pada
setiap lelaki yang anda kenal. Jika ada sikap-sikap ini pada mereka.
Cubalah untuk menjadi buat hati mereka. Walau bagaimanapun, tidak
semestinya mahu ada kesemua sikap di atas, jika terdapat 5-6 sikap itu
juga sudah memadai. Manusia boleh berubah. InsyaAllah sifat-sifat baik
yang lain akan menyusul dengan usaha dan kesabaran untuk mencapainya.
Wallahu a'lam
barakallahu fikum...