Thursday, May 17, 2012

blog usang kembali..

salam...
dah lama sgt xmenulis,
rasa mcm nk tukar genre blog nh kpd genre berat sket lh.


"Mujahadah mencapai redha Allah"

Thursday, February 10, 2011

aku dilanda musibah..


aku ditimpa musibah dgn kehilangan LAPTOP ku masa cuti raya cina bru2 ni,

ini adalha dugaan utk aku,dugaan dunia tuk mncapai akhirat yg selesa.

lalu ku trfikir...

mungkin ada hikmah dsebalik kjadian yg mnimpa diriku ini,hikmah yg xdisangka oleh ku.
mungkin juga sbg kaffarah dosa2 lalu ku yg xterhitung bnyknya.
mungkin juga Allah nk uji sejauh mana keimanan n kesabaran aku trhadap ujian-Nya.

lalu ku berharap...

harapanku semoga 'makhluk Allah' yg amik laptop ku itu mndapat hidayah n bertaubat ats dosanya.
harapanku semoga dimurahkn rezeki utk mncari pengganti yg baru.
harapanku semoga dprmudahkn segala urusan2 ku spanjang ketiadaan 'nya'.
harapanku semoga terus bersabar n redha dgn segala ujian yg telah,sedang, dan akan menimpa diriku.

terima kasih Tuhan,
Engkau telah menyedarkan aku, betapa lemahnya diri ini,
tidak mampu untuk menjaga nikmatMU walau hanya sebuah laptop,

bagaimana mungkin aku mampu untuk menafikan kehebatanMu,
bagaimana mungkin aku mampu untuk kufur pada nikmatMu,
bagaimana mungkin aku mampu untuk mempersoalkan kekuasaanMu,
bagaimana mungkin aku mampu melakukan dosa menggunakan nikmatMu.

ya Allah...ampunilah aku..sesungguhnya Engkau Maha Pengampun.


"Mujahadah mencapai redha Allah"

Saturday, January 22, 2011

lelaki baik...

salam...sedikit prkongsian

ditujukan khas kpd semua yang berjantina lelaki,
tak lupa juga kepada perempuan yg sdg mncri 'lelaki' untuk teman hidup mereka.

renungkan...

Kadang-kadang kita tersilap. Kita menilai seorang lelaki yang baik
berdasarkan kerjayanya. Hakikatnya lelaki yang baik itu sebenarnya
terletak pada agamanya. Ramai yang mengetahui perkara ini tetapi
beranggapan lelaki beragama itu mestilah seorang ustaz, imam masjid,
pelajar agama dan seumpamanya. Sebenarnya perkara ini juga tidak
benar. Ramai dikalangan ahli agama yang sering memukul isteri,
bersifat kasar, tidak pandai melayan isteri dan sebagainya. Jadi ini
juga bukanlah ciri-ciri seorang lelaki yang baik sebagaimana yang
digambarkan oleh Rasulullah. Lelaki yang baik dan beragama itu
mempunyai sifatnya yang tersendiri. Di bawah disenaraikan 10 sikap
lelaki yang baik.
Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat
ini. Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai
sifat-sifat ini.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan
solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai
pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya
seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti
sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat
yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak
menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang
ketika sedang bercakap-cakap.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas
walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu
biasanya sama.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja
atau masa kecemasan.

Semoga 10 sikap ini dapat diamalkan oleh kita semua wahai lelaki yang
mencari redha Allah. Buat wanita solehah yang mencari pasangan yang
soleh, cubalah anda perhatikan 10 sifat yang dinyatakan di atas pada
setiap lelaki yang anda kenal. Jika ada sikap-sikap ini pada mereka.
Cubalah untuk menjadi buat hati mereka. Walau bagaimanapun, tidak
semestinya mahu ada kesemua sikap di atas, jika terdapat 5-6 sikap itu
juga sudah memadai. Manusia boleh berubah. InsyaAllah sifat-sifat baik
yang lain akan menyusul dengan usaha dan kesabaran untuk mencapainya.
Wallahu a'lam
barakallahu fikum...

Monday, December 27, 2010

sudah 21 atau baru 21?

Artikel ini mungkin khusus buat remaja. Tetapi saya kira, efeknya kena pada semua.

Berbicara mengenai umur. Umur kita.

Bagaimanakah kita memandang umur kita?

Rata-rata remaja, terutama belasan tahun, dan awal 20-an(pemuda) memandang usia mereka ‘muda’. Apabila dibicarakan akan tanggungjawab, kematangan, keseriusan dalam hidup, melakukan sesuatu yang besar, maka jawapan-jawapan seperti berikut akan melintas:

“Aku baru 18 tahun,”

“La, aku ni baru 20 tahun,”

Terasa muda kan? Baru. Seakan ada banyak masa lagi untuk dilengahkan, ada banyak waktu lagi untuk dibazirkan. Tetapi siapakah remaja yang apabila umurnya mencapai 18 tahun, berkata:

“Aku sudah 18 tahun, Usamah bin Zaid RA sudah mampu menjadi Jeneral Perang ketika ini. Aku?”

Apabila umurnya sampai kepada 21 tahun:

“Aku sudah 20 tahun, Muhammad Al-Fateh tawan Konstantinopel pada umur 22/23, aku ada setahun sahaja lagi untuk menyaingi dia.”

Terasa tua. Terasa sedikitnya masa. Terasa kematangan itu sepatutnya lebih dari apa yang telah diusahakan. Terasa sepatutnya dirinya lebih serius menggunakan umur yang ada. Terasa sepatutnya dia berusaha lebih keras dan tegas bukan bermain-main dengan dirinya.

Di manakah kita? Baru atau sudah?

Sama-sama muhasabah.

Virus yang melekat pada remaja&pemuda

Virus kefahaman, yang menyatakan bahawa masa muda adalah waktu libur bagi insan, memang telah menyerap masuk ke dalam jiwa manusia hari ini.

Maka dilihat bahawa umur mudanya, yang saya pun tak pasti setakat mana muda itu hendak dihitung, adalah untuk dihabiskan dalam keseronokan.

Akhirnya terhasillah pemberontakan apabila diajak serius untuk menghadapi kehidupan, muncullah rasa benci apabila diajak untuk matang dalam memikirkan permasalahan ummat, dan melarikan diri apabila diajak untuk mengikuti proses mengislah diri dan masyarakat.

“Aku baru 17 tahun lah.”

“Aku baru 21 tahun.”

Kita rasa muda. Masih banyak masa. Bukan waktunya bersusah payah. Bukan masanya berpenat lelah. Bukan tikanya membanting tulang. Bukan saatnya memerah otak berfikir untuk ummat. Belum sampai waktu untuk serius. Belum tiba waktu untuk matang.

Kita masih ingin bermain-main. Melalui hidup sebagai ‘remaja’.

Sedangkan, yang ditunjukkan kepada kita adalah sebaliknya

Sedangkan, kefahaman bahawa waktu muda adalah waktu libur dan sambil lewa tidak pula ditunjukkan oleh Abdullah ibn Umar RA.

Beliau telah duduk di tengah-tengah majlis Rasulullah SAW bersama-sama orang tua yang lain, saat usianya masih teramat muda. Dilihat selepas itu beliau adalah yang paling bersungguh-sungguh dalam mengikuti sunnah Rasulullah SAW hingga diriwayatkan, beliau berusaha untuk memijak di mana tapak-tapak kaki Rasulullah SAW berpijak ketika berjalan. Beliau pernah pergi ke pasar, semata-mata untuk menyebarkan salam, salah satu sunnah yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW.

Akhirnya apakah yang berlaku kepada Abdullah ibn Umar RA ini? Beliau menjadi rujukan ummat. Bahkan para sahabat pernah mencalonkan beliau sebagai calon terbaik untuk menggantikan ayahandanya, Umar Al-Khattab RA. Sedang usianya adalah usia pemuda ketika itu.

Adakah agaknya, pernah wujud di dalam dirinya perasaan: “Aku baru berumur sekian, aku tidak sepatutnya bersusah payah untuk melakukan itu dan ini.”?

Kefahaman bahawa waktu muda adalah waktu untuk leka-leka dan tidak mengambil berat akan kehidupan, tidak pula ditunjukkan oleh Usamah bin Zaid RA.

Sedangkan, beliau baru sahaja berusia 18 tahun ketika diangkat oleh Rasulullah SAW sebagai jeneral perang menentang Rom ketika itu. Tidak pula dia menyatakan: “Aku baru 18 tahun ya Rasulullah.”

Bahkan, mengikut sejarah, beliau telah hendak menerjunkan dirinya ke medan Uhud, tetapi Rasulullah SAW melarang kerana usianya masih terlalu kecil ketika itu. Dan akhirnya pada usianya 15 tahun, dia mula berperang di sisi Rasulullah SAW, dan Usamah bin Zaid RA adalah antara yang tidak terganggu dengan serang hendap pada Perang Hunain, menjadikan dia dalam golongan yang sedikit dalam mempertahankan Rasulullah sebelum tentera muslimin bersatu semula ketika itu. Pastinya, ketika itu usianya lebih muda daripada 18 tahun.

Bagaimana?

Dan kita jenguk sebentar Sultan Muhammad Al-Fateh yang baru berusia 22 atau 23 tahun ketika menawan Konstantinopel. Sedangkan dia masih muda, dan dia juga mengetahui bahawa Konstantinopel tidak pernah ditembusi oleh sesiapa semenjak 800 tahun sebelumnya. Mengapa dia, seorang sultan, masih muda, tidak berlibur dan bersenang lenang sahaja di dalam istana?

Sebab Sultan Muhammad Al-Fateh tidak menganggap dia ‘baru 22 atau 23 tahun’. Tetapi dia merasakan, dia ’sudah 22 atau 23 tahun’. Masa untuknya semakin sedikit. Sedang dia tidak tahu bilakah Konstantinopel baru boleh dijatuhkan. Maka dia perlu berusaha keras, bersegera mendapatkan kemenangan.

Tidakkah kita memerhatikan?

“Mereka itu tidak boleh kami ikuti!”

Beberapa remaja menempelak sedemikian.

Tidak, saya pun bukannya nak suruh kamu turun berperang mengangkat senjata. Atau duduk di dalam majlis ilmu para ulama’. Tetapi saya ini, ingin mengajak diri saya dan diri kita semua, untuk melihat kita di atas medan kita. Kita dan tanggungjawab kita.

Kita adalah siapa? Remaja. Pemuda. Tetapi bukan remaja dan pemuda biasa. Remaja dan Pemuda Islam. Maka apakah sepatutnya kita lakukan di dalam hidup? Walaupun kita mungkin tidak boleh mengangkat senjata seperti mereka, turun di medan perang seperti mereka, duduk di dalam majlis ilmu para ulama’ seperti mereka, bukankah kematangan, keseriusan, itu mampu kita bina? Disiplin dalam menjalani hidup dan tidak mengisinya dengan perkara-perkara yang lagha(melalaikan) lagi merosakkan, bukankah itu mampu kita lakukan?

Bersungguh-sungguh dalam meningkatkan kualiti diri, menjadi hamba Ilahi yang terbaik, memenuhi sifat-sifat mukmin, cuba menjadi mukmin yang proaktif, yang mampu memberikan sumbangan kepada Islam dan sebagainya.

Itu mampu kita lakukan.

Bagaimana?

Atau kita sekadar tetap merasakan bahawa usia muda untuk liburan semata?

Penutup: Hari tua itu, mungkin tidak menjengah. Kalau menjengah pun, apakah kita berkualiti?

“Nanti tua la baru fikir semua benda ni.”

“Nanti bila dah besar sikit lagi, baru la serius.”

Hem. Yakah?

Bagaimana kalau hari tua itu tidak datang? Maksud saya, kita mati sebelum sempat merasa ‘tua’?

Dan bagaimana ya, kalau masa muda kita bermain-main, adakah masa tua nanti kita mampu menjadi satu peribadi yang berkualiti? Sekiranya masa muda kita habiskan dengan liburan, apakah benar masa tua nanti kita akan menjadi seorang yang mempunyai kekuatan? Saya bukan kata mustahil. Tetapi saya tidak lihat ramai yang mampu menjadi demikian. Sebab? Sebab masa mudanya, dihabiskan dengan membina ‘dasar kelemahan’ yang mana dasar ini tidak mampu dijadikan tapak pembinaan peribadi yang berkualiti.

Kamu umur berapa sekarang?

Apa yang telah kamu sumbangkan kepada Islam?

Satu soalan.

Tahukah kamu, apakah umur kita yang Allah kira?

Umur yang telah kita habiskan di atas jalanNya. Selain itu, tidak ada maknanya.

Agak-agak, berapa tahun umur kita di sisi Allah SWT?

Kamu umur berapa sekarang?

Baru 21 tahun?

Atau sudah 21 tahun?

(21 tahun adalah umur saya sekarang. Menyoal diri sendiri. Untuk anda, boleh pilih umur masing-masing.)



retrieved from:

http://ms.langitilahi.com/motivasi-sudah-21-baru-21/#more-3323


Tuesday, November 9, 2010

berakhirnya salah satu seksaan..


salam...

huh..

mcm2 rasa ada..lega,sedih,tekanan,letih,etc....sebab exam da abis...huhu

sambung buat kerja plak..

aiyya...pening lagi.








ya Allah...permudahkn segala urusanku didunia dan akhirat.

berilah Keberkatan Ilmu atas segala yang aku pelajari... berilah Keberkatan Masa dalam seharianku... berilah Keberkatan Umur sepanjang hayatku di duniaMu... berilah Keberkatan Harta atas apa yang aku perolehi... berilah Keberkatan atas segala kerja buatku... Limpahilah BarakahMu dalam diriku...

amin ya rabb..

Friday, October 15, 2010

aku masih begini..

hemm...
aku pening..pening..pening..
bnyak sgt keje nk kene buat,
xtau mana satu yg prlu dbuat..
arghh..
last2...aku xbuat smua..huhu..
tp buat blik laa lps tu...amanah tuu..

Tuesday, August 10, 2010

rushing!!!

salam...
sangat sibuk kebelakangan ini,banyak kerja nak diselesaikan,tak sangka pulak akan jadi sesibuk ini semester ni.

ya Allah..
permudahkan segala urusanku,
terimalah segala gerak kerjaku sebagai amalan buat bekalan di hari perhitungan,
tolonglah aku ya Tuhanku...